CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

LIVE,LIFE & LAUGH

Jumaat, 13 Mei 2011

selamat hari guru......

selamat hari guru..pada 16 mei ini untuk semua yang bergelar pendidik...Tema hari guru untuk tahun ini ialah 'guru penjana transformasi pendidikan negara'...
Aku teringat dizaman persekolahan dulu..teringat cikgu-cikgu yang banyak berjasa..memberi nasihat yang berguna(w/pun pada masa itu nasihat guru dianggap bebelan),tetapi bila umur dah menginjak dewasa terasa bergunanya 'bebelan' cikgu kerana 'bebelannya' aku menjadi manusia.. Terima kasih cikgu-cikgu diatas jasa baik kalian semua...hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian dan semoga sentiasa dirahmati oleh Nya....oklah untuk entri kali ini..aku titipkan sajak khas untuk cikgu2 semua..yang pada aku bait2 pada sajak ini sangat menyentuh jiwa...jom kita hayati sajak ini...
Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Selasa, 10 Mei 2011

annakku didiklah hati mencintai Nya.

ok untuk entri kali ini aku ingin berkongsi berkaitan buku yang baru aku miliki...buku ini merupakan buku panduan keibu bapaan yang wajib dimiliki oleh semua orang yang bergelar ibu bapa...

Ahad, 8 Mei 2011

selamat hari ibu.

Apa pengertian hari ibu?adakah hari ibu patut disambut,patut diungkapkan kepada sesiapa yang bergelar ibu ataupun LANGSUNG tidak perlu disambut?tetapi pada persepsi dan pandangan peribadi aku sangat berbeza...bagiku HARI IBU perlu dan WAJIB disambut kerana bagiku Ibu merupakan seorang insan yang banyak pengorbanannya sejak  dalam kandungan,saat melahirkan dan ketika insan bernama manusia berada di muka bumi ini....ibulah yang bertanggungjawab untuk mendidik,mengasuh dan seterusnya menjadi insan yang bertanggungjawab ke atas bumi ciptaan-NYA....besarkan pengorbanan IBU? Nabi Muhammad S.A.W juga pernah mengatakan sebutlah ibu mu 3 kali kemudiah barulah ayahmu....betapa besarnya pengorbana ibu untuk melahirkan insan yang bahagia dari segi ukhrawi dan duniawi....maka tidak dinafikan HARI IBU adalah hari yang wajib disambut pada setiap tahun...
APA PERKARA YANG AKU LAKUKAN SETIAP KALI MENJELANG HARI IBU?
sebagai seorang insan yang mempunyai ibu dan yang bergelar ibu aku semestinya merasai kasi sayang yang diberikan oleh ibu ku dan memberi kasih sayang kepada anakku....setiap kali menjelangnya hari keramat ini aku akan mengucapkan selamat hari ibu kepada ibuku yang tercinta dan akan memberi'something' sebagai penghargaan kepadanya walaupun hakikatnnya hadiah yang diberikan hanya sekecil zarah jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbananya mendidik dan mengasuh aku.....TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA..dan yang paling penting aku akan sentiasa berdoa kepada NYA agar diberi kesihatan dan kesejahteraan deunia dan akhirat...bagiku itu yang paling utama....
dan bagi diriku yang bergelar ibu pastinya hatiku akan berbunga-bunga apabila mendpat ucapan penghargaan daripada suami tercinta....I LUV U ABANG...walaupun tidak disajikan dengan hadiah tapi bagiku ucapan adalah perkara yang amat memberi makna  sebagai penghargaan kepada seorang ibu kepada zuriatnya....bagiku ianya sangat bermakna....
bagi ibu diluar sana diucapkan SELAMAT HARI IBU.....semoga pengorbanan dan jasa kalian akan dirahmati oleh NYA...dan terutama kepada ibu tercinta Latipah Bt Moh terima kasih atas segalanya....jasamu akan ku kenang hingga ke akhirnya....

Khamis, 28 April 2011

Petua OH petua

Jom layan petua tradisional....bahan yang digunakan selamt dan semestinya dari sumber yang asli...
Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-
  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.
  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.
Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu

fadhilat mengasihani anak..

Untuk entri kali ni aku nak berkongsi info yang aku baru dapat dari blog anakku sayang....memang sangat bagus info seperti itu...betapa pentingnya kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak...okla apa kata kita layan....

  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Senangnya nak buat pahala, kan? Jom buat pahala banyak-banyak!! :)  Semoga Allah swt memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain.

Ahad, 24 April 2011

resepi kegemaranku

Dalam entri kali ni aku nk kongsikan resepi yang di gemari kami sekeluarga terutama my encik yusri..boleh dikatakan hari2 makan lauk ni pun tak pe..kalau sehari aku tak masak mmg konpem dia akan tanya...resepinya mudah tapi memang melazatkan...Ayam/ikan goreng pedas

1/2 kg ayam (optional) nk guna ikan pn boleh
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
cili padi (nk pedas letak banyak)
bawang 
gula
garam  dan sebuk perasa




cara-cara :
1. gorengkan ayam /ikan sehingga garing.angkat dan toskan
2. letakkan cili padi,bawang besar kemudian blender
3. tumis bahan yang teloah diblender,kemudian letakkan garam,gula dan sebuk perasa
4. tunggu sehingga ahgak kering,kemudian masukkan ayam yang telah di goreng
5. gaulkan hingga sebati dan siapla untuk dihidangkan.

Senang,mudah dan menyelerakan....tak PERCAYA????? cubalah pasti anda akan berkata YUMMY...

Rabu, 6 April 2011

Permata hatiku....

Dalam entri kali ni aku nk kongsi pengalamanku semasa melahirkan permata hatiku Nur yasmin Sabihah..Pengalaman yang menyukarkan tetapi manis untuk dikenang...saat melahirkan Yasmin adalah pengalaman baru bagi aku...perasaan takut,gembira adalah saat2 menanti kelahirannya...maklumlah inila pengalaman pertama aku...aku dijangka melahirkan pada 28 November 2008..tapi kita merancang Allah yang menentukan..pada tarikh tersebut aku menunggu dan terus menunggu..tapi tiada tanda2 kelahiran ..Lantas,pada tarikh tersebut aku terus pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut,maklumla 1st time experience...risaukan anak lemas dlm kandungan...Selepas menjalani pemeriksaan memang tiada tanda2 kelihatan,doktor mengarahkan aku pergi ke hospital semula pada 4hb 12...nasib baikla ms tu cuti sekolah senangla sikit untuk ku berulang alik...

3 Dis :aku diarahkan untuk 'tinggal di wad'....seharian pemeriksaan dijalankan,namun tiada tanda kelihatan....doktor memberitahu sekiranya tiada tanda pd esok hari aku akan di "induce".Perasaan aku ketika tu hanya tuhan yang tahu....

4 Dis : Bertubi2 pemeriksaan terus dijalankan..tak sanggup rasanya....namun tiada lagi 'bukaan'...aku berdoa dan terus berdoa supaya dipermudahkan urusan...doktor memeriksa perutku dan dijngka bayiku seberat 4kg...aku terus ketakutan;(...

5 Dis : ubat induce pertama dimasukkan pada pukul 11 pagi,namun hasil pemeriksaan ttp sama tiada 'laluan'....ubat induce kedua dimasukkan pada pukul 5 ptg namun keputusan tetap sama....doc memberitahu sekiranya kali ke 3 ubat induce dimasukkan ttp jika tiada tanda maka operation perlu dijalankan..aku berdoa dan terus mengharapkan agar aku bersalin secara normal...ttp pd msa yang sama aku tidak kisah apa yang perlu dilakukan asalkan kandunganku selamat..

6 Dis : Doktor sekali  lagi memasukkan ubat induce pada pukul 8 pagi ....setiap jam lalua diperiksa dan AKHIRNYA pada pukul 3 petang laluan telah terbuka sebanyak 3 cm...lantas aku diarahkan untuk bersiap2 ke labor room...perasaan  ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu...aku ditemanni suamiku...
6 Dis(3.30 PM) : Doktor sekali lagi memasukkan ubat induce melalui drip...sebabnya w/pun laluan telah terbuka namun tiada tanda2 contraction...selepas beberapa minit ubat dimasukkan YA ALLAH sakitnya tak terhingga..saat dan ketika itu aku hanya ingat kematian..sebabnya sakit yang teramat sangat....aku hanya ingat pada Pencipta ketika itu,mulutku tak putus2 beristighfar padaNYA....
Kesakita semakin lama semakin kuat sehingga badan aku berpeluh w/pun pada ketika itu suhu sejuk di bilik labour room..mungkin sakit yang teramat sangat menyebabkan suhu yang sejuk menjadi panas....
6 Dis (8.00 PM): bukaan sebanyak 10cm dan doktor mengarahkan untuk aku meneran..aku cuba sedaya upaya namun kudrat aku ketika itu tiada....mungkin sebelum ku masuk ke labor room aku tidak menjamah apa2 makanan hatta minuman sebab hati yang risau ketika itu....aku terus meneran ttp tidak berjaya...jantung kandunganku diperiksa didapati semakin lemah..maka doc terus menbuat keputusan utk "vacuum" dan ketika itu doc berkata sekiranya "vacuum"tidak berjaya maka operation akan dilakukan....aku berusaha meneran dengan bantuan "vaccum" dan alhamdulillah bayiku selamat dilahirkan tetapi selepas saja keluar...bayiku tidak menangis...doc dan nurse yang berada disitu bertungkus lumus menepuk-nepuk agar bayiku menangis dan slps beberpa ketiks suara tangisan bayi kedengaran...kesyukuran ku panjatkan pada Ilahi...selepas saja suara tangisan kedengaran doc.meletakkan byiku diatas perutku...air mata mula menitis tanda kesyukuran....bayi perempuan seberat 3.55 kg telah selamat dilahirkan dan diberi nama NUR YASMIN SABIHAH....bermaksud 'cahaya bunga melur yang cantik berseri'
Tetapi bayiku dihantar ke wd memandangkan di kepalanya terdapat kesan kecederaan akibt kesan 'Vacuum tadi'..aku pn tidak dibenarkn keluar kerna berlaku pendarahan...aku ditahan di labor room sehingga tiada lagi pendarahan...
Itulah pengalaman paling berharga bagi seorang yang bergelar WANITA...bertaruh nyawa untuk melahirkan insan di dunia...SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU..