CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

LIVE,LIFE & LAUGH

Rabu, 6 April 2011

Permata hatiku....

Dalam entri kali ni aku nk kongsi pengalamanku semasa melahirkan permata hatiku Nur yasmin Sabihah..Pengalaman yang menyukarkan tetapi manis untuk dikenang...saat melahirkan Yasmin adalah pengalaman baru bagi aku...perasaan takut,gembira adalah saat2 menanti kelahirannya...maklumlah inila pengalaman pertama aku...aku dijangka melahirkan pada 28 November 2008..tapi kita merancang Allah yang menentukan..pada tarikh tersebut aku menunggu dan terus menunggu..tapi tiada tanda2 kelahiran ..Lantas,pada tarikh tersebut aku terus pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut,maklumla 1st time experience...risaukan anak lemas dlm kandungan...Selepas menjalani pemeriksaan memang tiada tanda2 kelihatan,doktor mengarahkan aku pergi ke hospital semula pada 4hb 12...nasib baikla ms tu cuti sekolah senangla sikit untuk ku berulang alik...

3 Dis :aku diarahkan untuk 'tinggal di wad'....seharian pemeriksaan dijalankan,namun tiada tanda kelihatan....doktor memberitahu sekiranya tiada tanda pd esok hari aku akan di "induce".Perasaan aku ketika tu hanya tuhan yang tahu....

4 Dis : Bertubi2 pemeriksaan terus dijalankan..tak sanggup rasanya....namun tiada lagi 'bukaan'...aku berdoa dan terus berdoa supaya dipermudahkan urusan...doktor memeriksa perutku dan dijngka bayiku seberat 4kg...aku terus ketakutan;(...

5 Dis : ubat induce pertama dimasukkan pada pukul 11 pagi,namun hasil pemeriksaan ttp sama tiada 'laluan'....ubat induce kedua dimasukkan pada pukul 5 ptg namun keputusan tetap sama....doc memberitahu sekiranya kali ke 3 ubat induce dimasukkan ttp jika tiada tanda maka operation perlu dijalankan..aku berdoa dan terus mengharapkan agar aku bersalin secara normal...ttp pd msa yang sama aku tidak kisah apa yang perlu dilakukan asalkan kandunganku selamat..

6 Dis : Doktor sekali  lagi memasukkan ubat induce pada pukul 8 pagi ....setiap jam lalua diperiksa dan AKHIRNYA pada pukul 3 petang laluan telah terbuka sebanyak 3 cm...lantas aku diarahkan untuk bersiap2 ke labor room...perasaan  ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu...aku ditemanni suamiku...
6 Dis(3.30 PM) : Doktor sekali lagi memasukkan ubat induce melalui drip...sebabnya w/pun laluan telah terbuka namun tiada tanda2 contraction...selepas beberapa minit ubat dimasukkan YA ALLAH sakitnya tak terhingga..saat dan ketika itu aku hanya ingat kematian..sebabnya sakit yang teramat sangat....aku hanya ingat pada Pencipta ketika itu,mulutku tak putus2 beristighfar padaNYA....
Kesakita semakin lama semakin kuat sehingga badan aku berpeluh w/pun pada ketika itu suhu sejuk di bilik labour room..mungkin sakit yang teramat sangat menyebabkan suhu yang sejuk menjadi panas....
6 Dis (8.00 PM): bukaan sebanyak 10cm dan doktor mengarahkan untuk aku meneran..aku cuba sedaya upaya namun kudrat aku ketika itu tiada....mungkin sebelum ku masuk ke labor room aku tidak menjamah apa2 makanan hatta minuman sebab hati yang risau ketika itu....aku terus meneran ttp tidak berjaya...jantung kandunganku diperiksa didapati semakin lemah..maka doc terus menbuat keputusan utk "vacuum" dan ketika itu doc berkata sekiranya "vacuum"tidak berjaya maka operation akan dilakukan....aku berusaha meneran dengan bantuan "vaccum" dan alhamdulillah bayiku selamat dilahirkan tetapi selepas saja keluar...bayiku tidak menangis...doc dan nurse yang berada disitu bertungkus lumus menepuk-nepuk agar bayiku menangis dan slps beberpa ketiks suara tangisan bayi kedengaran...kesyukuran ku panjatkan pada Ilahi...selepas saja suara tangisan kedengaran doc.meletakkan byiku diatas perutku...air mata mula menitis tanda kesyukuran....bayi perempuan seberat 3.55 kg telah selamat dilahirkan dan diberi nama NUR YASMIN SABIHAH....bermaksud 'cahaya bunga melur yang cantik berseri'
Tetapi bayiku dihantar ke wd memandangkan di kepalanya terdapat kesan kecederaan akibt kesan 'Vacuum tadi'..aku pn tidak dibenarkn keluar kerna berlaku pendarahan...aku ditahan di labor room sehingga tiada lagi pendarahan...
Itulah pengalaman paling berharga bagi seorang yang bergelar WANITA...bertaruh nyawa untuk melahirkan insan di dunia...SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan